Friday, August 5, 2011

kasih alia



Korang pernah tgok x cerita kasih alia di slot Akasia TV3 jam 7mlm...cerita ni dilakonkan oleh Sharnaaz, Irma Hasmie, Fida Ibrahim, Sheila Rusly, Zarina Zainoordin, Yatt Haryati, Iqram Dinzly dan Yatt..

Geram gak la watak Shiela Rusly 2..nmpk mcm baik tp jahat..ada ke patut dia tnglkn kasih dan qabil kt pasar chow kit..ish2 xpatut tul..bukn salah budak2 2 kn..terasa lmbt lak nk tngu budak2 2 membesar dalam cerita ni...xsabar nk tgok gandingan fida ngn iqram

ni sinopsis dia..


Mengisahkan tentang keluarga iaitu Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar(sedapkan nama dorg)  untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.
Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di pasar Chow Kit. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.
Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis?

Apakah kesudahan cerita ini..sama2 kita nantikannya..oh ya lagu tema cerita ni rafidah yg nyanyikan sendiri..best tw lagu ni..tp sya cari xjumpa lak..huhu..

Jom tgok gambar2 ni


Rafida ibrahim sebagai Kasih/Alia

Iqram Dinzly sbg Qabil

Shiela Rusly bersama anak2nya Qausar,Qasrina dan Qistina

No comments:

Post a Comment