Friday, March 16, 2012

Erti Cinta by Camellia

Rehat lunch hour td sya jalan2 la kt Jusco Wangsa Maju..Saja menghabiskan masa.. Almaklumlah rehat ari Jumaat ni lama..Walaupun sorg2 jadi jugak saya menshopingkn dr...

Masuk2 je Jusco nmpk MPH tgh buat promosi di ruanga legar bawah jusco.. Siap ada diskaun 10%-15% lg... Tgh2 duk usha novel terjumpa lah novel Erti Cinta ni... 



Terus teringat yg saya pernah baca di penulisan2u dulu...cerita ni lain dari yg lain sikit...nak tau x kenapa???

Sbbnya cerita ni bukan sahaja tentang percintaan tp juga ada kisah seram di sebaliknya...msa baca kt website penulisan2u dlu excited nk tau kesudahannya..tp utk pengetahuan semua kt website 2 xkn ada keseluruhan cerita...dia akn gantungkn 2 atau 3 episod akhir..klu nk tau kenalah beli novel...Macam cerita ni la jugak

Di bawah ni adalah sinopsis cerita ni..klu baca sinopsis di belakang buku macam bukan cerita misteri pun...so jom kita tgok sinopsis ERTI CINTA

ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.
Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.
"Dia handsome lah…cair hati aku."
"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."
"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?
"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.
Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."
Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."
"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.
Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.
Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?


Tak tahu la bila dapat baca novel ni...esok kot baru berkesempatan..sbbnya mlm ni ada date dgn en N utk tgok 7 Petala Cinta..tunggu ye nnt saya akn kongsi pengalaman tgok cerita ni...

Oh ya sblm sya lupa thanks byk2 kt en N sbb bg sya beli novel ni..sblm2 ni sya jnji ngn en N cuma beli 1 novel je sebuln...tp novel erti cinta ni adalah novel ke2 untuk buln ni... Sebelum ni saya beli novel bertajuk Awak Suka Saya Tak... Dah lma da saya cari novel ni..asyik sold out je..sampai sya wt kputusan utk beli on9..nnt ada kelapangan saya akn update tentang novel dari Melur Jelita 2 ye...

No comments:

Post a Comment