Secara tiba2 saya teraddicted dgn cerita Ameera ni
Lagi2 bila dapt tau scrip cerita ni ditulis oleh Sharifah Abu Saleem
Klu nk tau novel2 yg ditulis oleh beliau semua best2
Di bawah ni adalah sinopsis cerita hari Selasa hingga Rabu jam 10.30mlm dan hari Khamis jam 9.30mlm ini
Hidup
Ameera terasa sunyi tanpa walaupun kehidupannya dilingkari dengan kemewahan.
Atas desakan mentua, Ameera mencadangkan suaminya untuk mendapatkan isteri
kontrak untuk memberikan zuriat untuk mereka.
Amer
dan Ameera telah berkahwin selama 5 tahun namun belum dikurniakan cahaya
mata.Mereka tertekan apabila ibu Amer- Puan Suraya(Jasmin Hamid) mendesak Amer
untuk berkahwin dengan Marisha. Ameera mahu Amer menurut kemahuan ibunya
walaupun Amer enggan
Apabila
Ameera disahkan tidak boleh hamil, Amer enggan mengahwini Marisha. Ameera
mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat namun Amer keberatan.Desakan
Puan Suraya membuatkan Ameera memberi cadangan kepada Amer untuk mengupah
isteri untuk melahirkan anaknya,Amer mengganggap Ameera bergurau hinggalah Zila
gadis kampung yang miskin muncul dalam hidup mereka.
Zila
mengikut kekasihnya Faruk(Hairi Safwan) yang dikenali sejak sekolah untuk ke
bandar mencari pekerjaan. Ibunya sedang sakit dan 3 orang adiknya masih
belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi dalam kereta Ameera kerana Faruk
mahu menjualkannya kepada bapa ayam. Ameera yang panik,terus membawa Zila pulang
Mendengarkan cerita
Zila, Ameera menganggap Zila calon yang sesuai untuk Amer, Ameera mengupah Zila
sebanyak 350 ribu. Pada mulanya, Zila enggan namun akhirnya dia mengalah demi
menampung keluarga.
Amer juga membantah
kerana masih menaruh harapan yang Ameera akan mengandung, Ameera merayu dan
akhirnya Amer bersetuju.
Amer dan Zila
bernikah secara rahsia. Syarat Pernikahan adalah mereka akan bersama hanya
untuk satu malam sahaja dan Zila akan diceraikan selepas melahirkan anak.Pada mulanya Zila
tidak kisah namun lama -kelamaan dia jatuh cinta pada Amer.Dia juga semakin
cemburu pada Ameera dan juga mahu merampas Amer pada Ameera.
Begitu lah kisah Ameera ni...
So sama-sama lah kita tngu kesudahan kisah ini
Bila tgok cerita ni germ lak kt Zila ni
Ameera dah tolong dia tp dia besar kepala lak
EE geram betul
Klu diperhatikan byk novel2 ataupun cerita2 yg berkisah tentang kahwin kontrak ni
Rasanya dalam Islam haram kahwin kontrak ni
No comments:
Post a Comment