Sunday, April 17, 2011

Halalkah emas putih bagi lelaki???

Tiba2 sye terfikir boleh ke lelaki pakai emas putih???cne leh terfikir ye...sbnrnye sye berhajat nnt masa upacara batal air sembhyg sye nk bg en N cincin...so pilihan samada silver,emas putih atau platinum...sye xsampi ati lak nk bg silver sbb murh sgt..mcm xda nilai la plak kn...pas2 platinum mcm mahal(bukn mcm sbnrnyer..memg mahl pun)...so decide emas putih...

2 yg sy terfikir emas putih haram utk lelaki...pas2 adik sye pun kata xboleh sbb still emas..dia kta mestila ada emas..klu xda emas xkn la org pngil emas putih...emmm bijak gak adik sye 2 kn...sye je xterfkir...huhu

so pg2 ni pas siapkn keje ckit sye pun xplore r internet...inilah hasilnyer




Fatwa Tentang hukum lelaki memakai emas putih :

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi negeri Selangor selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa seperti yang dinyatakan seperti dibawah :

1- Hukum bagi lelaki Islam memakai emas putih adalah haram.

2- Emas putih merupakan daripada pelbagai unsur loga iaitu emas kuning, tembaga, nikel, zink dan platinum. Kadar yang dicampur adalah lebih tinggi daripada unsur lain. [sumber : buletin alam suri bil 1/2007 - jabatan mineral dan galian]


Berikut, diperturunkan juga disini jawapan yang telah dihuraikan oleh Ustaz Zaharuddin (dari SINI) berkenaan dengan permasaalah hukum pemakaian emas putih oleh lelaki Islam :

SOALAN :
Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?

JAWAPAN :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)


so da  terbuktilah lelaki xboleh pakia emas putih...emm pilihan yng ada silver atau platinum...1 lg persoalan terfkir di otak sye ni..platinum 2 halal ke x????huhu pening2....

No comments:

Post a Comment