Friday, July 19, 2013

sambal daging dan udang masak lemak




Inilah menu kami berdua semalam..Banyakkan..Padahal makan 2 org je..3 menu je yg saya masak iaitu sambal daging,udang masak lemak dan sayur..Yang lain en N beli di bazar je..

Hari ni saya nak share resepi samal daging 1st and then barulah masak lemak udang..Sebenarnya ada sekali 2 kami beli di bazar sambal daging..sedap sgt sambal 2..So kelmarin masa beli daging tanyelah kt en N nk makan pe..Sbb kalau masak rendang takut xsempat masak..Lambat lak kami berbuka nnt..So en N advice masak sambal macam kt bazar..emm risau gak sbnrnya sbb saya xpernah masak sambal daging..So ape lagi menggoogle lah saya..Tengok2 xbanyak beza dgn masak sambal biasa..Nekad je la masak..Dan hasilnya taraa

walaupun xserupa tapi bolehlaa...

Resepi sambal daging

Bahan-bahannya

Daging (hiris nipis) - boleh direbus dahulu ataupun tidak
Bawang kecil,bawang putih,bawang besar (dikisar)
Lada kering (dikisar)
Halia (hiris nipis)
Serai (dititik)
Minyak
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

  • Tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga naik bau
  • Masukkan halia dan serai
  • Masukkan daging dan digaul rata..Bagi yg rebus daging xperlu tunggu lama..Tapi saya xsuka rebus daging sbb xnk hilangkan kemanisan daging 2..Tapi anda boleh gunakan air rebusan daging..Terpulang pada masing-masing
  • Setelah daging empuk masukkan sedikit air asam jawa..Xperlu banyak2..Nanti terlebih masam lak..
  • Last sekali letakkan garam dan gula secukup rasa dan tunggu hingga pekat dan kering


Resepi masak lemak udang



Bahan-bahannya

Beberapa ekor udang
Bawang kecil,bawang putih,bawang besar (dikisar)
Cili api & lada kering (dikisar) - optional
Serai (dititik)
Santan - Saya guna santan kotak
Serbuk kunyit
Minyak - Optional
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
  • Masukkan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar serta serai dan serbuk kunyit
  • Masukkan sedikit santan dan air..Boleh juga kalau tak ditumis..Terus masukkan santan dan air
  • Masukkan udang dan digaul rata..Biarkan seketika dan sentiasa kacau..Jangan biarkan santan pecah minyak
  • Setelah udang masak,tambahkan santan dan masukkan garam dan gula.
  • Kacau seketika sehingga mendidih dan sedia dihidang







No comments:

Post a Comment