Tuesday, July 16, 2013

Ayam masak kicap pekat

Alhamdulillah diam xdiam dah seminggu kita berpuasa..Hari ni saya nak kongsi salah satu menu juadah berbuka kami dan menu ni merupakan menu faveret en N..



Bahan-bahannya

Beberapa ketul ayam (digoreng 1/2 masak)
Bawang kecil,bawang putih,bawang besar (dikisar)
Halia(dihiris)
Cili kering (dikisar)
Rempah penumis
Kicap
Sos tiram
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

  • Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis
  • Tumis bahan-bahan yg dikisar tadi dan masukkan cili yg dikisar..Bagi yg suka pedas boleh letakkan lebih cili
  • Masukkan kicap dan sedikit air.Kemudian tambahkan sos tiram.Biarkan mendidih sekejap
  • Masukkan ayam yg telah digoreng dan letakkan garam dan gula secukup rasa
  • Tunggu sehingga kuah pekat (jika belum pekat tambahkn lagi sostiram)  dan sedia dihidang..
  • Boleh tambahkn tomato jika suka..oleh kerana en N xmakan sayur saya pun xda lah letak bahn-bahan tambahan 

Simple je kan saya masak..So selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment