19 Disember lepas family saya datang berjalan-jalan ke KL..Oleh kerana saya rindu sgt dgn si kecik tu saya pun pujuklah angah saya join sekali..Setelah puas saya dan adik saya memujuk akhirnya angah saya setuju..Diorang sampai KL jumaat malam.
|
Qaisara in the house |
Sabtu tengah hari kami berjalan0jalan di Sogo dan masjid jamek..Oleh kerana org yang terlalu ramai, saya dan en N mengofferkan diri untuk jaga qaisara sementara family saya yang lain bershopping..Kami bawak qaisara ke Maju Junction sebab kt situ xramai org dan sejuk..Nasib baik qaisara jenis yg xbanyak ragam..Dah macam jaga anak sendiri lak..Bilalah nak dapat anak sendiri kn..emm rahsia Allah tak siapa tau..
|
Pemain muda harimau malaya.haha |
|
Seharian melayan qaisara |
Hari Ahad pula kami pergi ke Bukit Cerakah di Shah Alam..Saya dan en N pun xpernah pergi sebenarnya..Murah je harga tiket masuk Bukit Cerakah ni..Hanya RM3 dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak dan warga emas..Untuk masuk rumah 4 musim tambah lagi RM3. Kecuali musim salji kena tambah RM5..Harga kanak-kanak dan warga emas tetap RM1..So total untuk dewasa RM6..
Yang menariknya masa kami pergi tu musim salji..Wah excited giler kami. Lagi-lagi bila org kat kaunter 2 kata untuk rumah salji xpayah bayar..Rupa-rupanya tak payah bayar sebab diorang tengah renovate..So dapat tengok dari luar dan rasa sejuknya saja..Xdapat nk main salji..
|
Rumah salji..Hanya dapat lihat dan lambai.. |
Oleh kerana waktu kami sampai tu tengah hari so kami decide pergi ke rumah 4 musim je dengan menaiki shuttle bus..Xterdaya rasanya nk berjalan kaki or naik basikal..So sesiapa yg nk pergi Bukit Cerakah ni silalah pergi waktu pagi ye..Boleh berbasikal dan berjalan-jalan sekeliling kawasannya yang besar dan cantik..Akan saya ajak en N nnt pergi lagi..hahah..
|
Melayan qaisara |
|
si kecik yg comel... |
No comments:
Post a Comment