Tuesday, February 11, 2014

Jalan-jalan di Negeri Serambi Mekah

Projek bercuti kedua tahun ni di Kelantan..Kami pergi berdua je..Honeymoon la kononnya..Motif sebenar semata-mata nak beli toto..Giler kelakar reason percutian kali ni..

Tiket kami hari Jumaat 2 jam 6pg..Giler kentang kn..Malam sebelum tu kami tidur di Puchong. Tumpang rumah adik en N dan mintak tolong dia hantar pagi tu..Pukul 4pagi kami dah bertolak ke LCCT.. Ngantuk xyah cakap la..Tapi yang bestnya naik flight pagi sebab xda delay.

Sampai-sampai KB en N terus call kereta sewa yang telah di booking..Kami sewa kereta Viva je..Sebab kami berdua sahaja dan sebab utama adalah sewa kereta di Kelantan mahal yang amat..Viva ni pun 100++ tau..Tapi kami faham Kelantan xsama macam Langkawi..X ramai yang pergi naik flight..Kebanyakannya naik transport sendiri..Myb tu sebab nya hrga sewa kereta mahal kt sini..

Kami terus mencari kedai untuk sarapan..Masing-masing kelaparan..Nasib baik saya ada beli roti semalamnya..Bolehla untuk alas perut..Lepas je sarapan kami pusing-pusing Bandar Kota Bharu untuk mencari hotel..Survey-survey sampai ke PCB kami cari hotel..Last sekali kami decide nak sewa hotel berdekatan Tesco..Iaitu One Station Boutique Hotel. Siap ada breakfast lagi..Motif utama kami nak cari hotel yang boleh check in awal..Waktu masa tu baru je jam 10pagi..Nasib baik hotel ni bagi kami check in..Kami terus setuju..Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal..




Decoration bilik hotel..Gambar yang atas tu en N tengah sedap makan aiskrim..haha


Day 1
Lepas check in, kami terus menidurkan diri..Al maklumlah masing-masing ngantuk yang amat sangat.. Lepas solat Jumaat kami bergerak ke Pengkalan Kubor. Sebelum menyopingkan diri kami singgah makan tengahari dulu..Lepas kekenyangan kami terus berjalan-jalan di setiap kedai di Pengkalan kubor. Tapi kami xbeli pape pun..Hanya survey sahaja kerana esok kami bercadang nak ke Rantau Panjang pulak..Sebelum balik ke KB kami singgah di Pantai 7. Ambil angin petang sambil tengok orang ramai bermandi manda..



Malam lepas maghrib kami pergi menjamu selera dan terus ke Wakaf Che Yeh..Jalan-jalan dan survey-survey harga..Wakaf Che Yeh ni macam Uptown Danau Kota sebenarnya..Kami pergi sekejap je sebab nak tengok Maharajalawak Akhir..

Day 2
Bangun pagi-pagi kami breakfast di hotel sahaja..Menu pagi ini ialah Nasi Dagang dan roti bakar + hotgog + cheese..Oleh kerana en N kurang makan makanan kelantan ni so dia ambil roti je..Lepas sarapan kami bersiap-siap untuk ke Rantau Panjang..Sampai je Ranyau Panjang kami terus menyopingkan diri..Actually harga barang xda beza pun antara Rantau Panjang dengan Pengkalan Kubor. Sempat la juga kami merembat 3 toto, 5 t shirt polo dan barang-barang lain..Shoping xingat dunia sampai kena tax..huhu

Breakfast disediakan oleh One Station Hotel


Petangnya kami berjalan-jalan di Pantai Cahaya Bulan..Mengambil angin petang dan makan malam sekali di sana..Oleh kerana tengok banyak sangat signboard maggi ketam so kami pun try..Maggi biasa je sebenarnya cuma di tambah dengan seekor ketam..Harga dia boleh tahan.Untuk maggi saja kami kena cas 25hinggit..Giler kentang..So bagi sesiapa yang nak try maggi ni silalah tanya harga dulu ye..Malam hari kedua kami cuma keluar makan sahaja..


Maggi ketam yang amat mahal

Berposing di PCB

Day 3
Pagi-pagi kami keluar breakfast..Kali ni kami decide nak breakfast di luar sebab saya nak makan nasi kerabu..Oleh kerana kami xjumpa kedai-kedai yang best seperti yang di google, kami malan di kedai biasa sahaja..Tapi not bad la rasanya..Saya makan nasi kerabu dan en N makan nasi lemak. Lepas sarapan kami balik semula ke hotel untuk bersiap-siap dan check out. Lepas check out kami terus ke Pasar Siti Khadijah. dekat sini saya borong kain batik, tudung dan baju kelawar. Rambang mata tengok tudung-tudung dan baju yang ada..Ikutkan hati nak borong semua je..Tapi tengok jelingan en N terus xjadik..huhu..

Lepas puas shoping kami bergerak ke Pengkalan Chepa..Flight kami petang Ahad..Sebelum ke airport kami pergi menjamu selera dulu..Last-last Mcd juga yang kami pilih..Lepas makan en N hantar saya ke airport dulu. untuk turunkan barang. Almaklumlah barang kami banyak.. Xda tempat untuk pakcik kereta sewa nak duduk. Selepas turunkan barang barulah en N pergi hantar kereta yang kami sewa.

Alhamdulillah kami selamat sampai KL dalam jam 6lebih..Sampai-sampai LCCT adik en N sudah menunggu. Kami terus bergerak ke Puchong. Adik en N siap dah masak untuk kami..Lepas makan malam kami terus bergerak balik ke rumah kerana esoknya kami kerja..



No comments:

Post a Comment