Monday, February 3, 2014

Udang Goreng Butter

Heavennya rasa bila duduk rumah hujung-hujung minggu...Nikmatnya tak terkata..Almaklumlah selalu hari Sabtu Ahad duduk dalam kelas je..Tapi hujung minggu lepas saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suri rumah..Banguan pagi-pagi buat sarapan utk hubby tersayang. lepas tu kemas rumah, memasak. Lunch bersama-sama dan dapat jugak menyempatkan diri membuat kek..Nanti saya akan update pasal kek ye..

Entry kali ni saya nk share resepi baru saya saya try.. Iaitu udang goreng butter...Biasalah en N suke demand menu yang bukan-bukan...Bila saya cakap xpandai, ada ke patut dia suruh saya tnye en goole...huhuhu

Saya pun mulalah men'search' resepi-resepi di internet.. Setelah compare-compare so saya follow resepi dari
azie kitchen.. Mudah dan senang nak buat.. Ada yang ditambah tolak mengikut bahan-bahan yang ada di rumah..





Udang

Bahan-bahannya:

Beberapa ekor udang (nak sedap beli yg besar-besar ye)
Bawang putih (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Cili hijau (dihiris/ditumbuk)
1 sudu susu cair
Minyak untuk menggoreng
Marjerin untuk menumis
Serbuk lada putih
Garam

Cara-caranya:




1- Goreng udang yang telah digaul dengan garam dan serbuk lada putih dengan minyak seketika hingga warna udang bertukar warna kekuningan dan toskan

2- Panaskan marjerin dan tumiskan bawang kecik,bawang besar dan cili sehingga naik bau

3- Masukkan sesudu susu dan masak seketika

4- Masukkan udang dan letak sedikit garam. Kemudian gaul sekata dan tunggu sehingaa kering





Sarang telur

Bahan-bahannya:

2 biji kuning telur
1 senduk marjerin
1 cawan minyak masak

Cara-caranya:

1- Pukul kuning telur didalam mangkuk

2- Panaskan minyak bersama marjerin

3- Bila minyak dalam kuali sudah betul-betul panas, pusingkan minyak laju-laju dengan mengguakan senduk senduk 

4- Kemudian tuangkan kuning telur dalam kuali minyak tadi tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh dalam kuali halus.

5- Sambil tuangkan telur,pusingkan minyak dalam kuali sehingga telur habis dituangkan.

6-Pusingkan telur dalam kuali sehingga warna bertukar kekuningan. Selepas itu bolehlah di toskan

No comments:

Post a Comment