Peritiwa ni berlaku awal bulan Mei lepas..2 ke 3 minggu sebelum majlis memang kami sibuk buat preparation majlis perkahwinan adik en N..Dan tarikh yg dipilih memang tarikh saya xda kelas..So xdalah saya kelam kabut nk bahagikan masa..Tp yg xbestnya boleh pulak tarikh yg kami pilih tersama dgn tarikh pilihanraya..Of coursela saya xkn dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..ce ayat mau poyo..
Selamat Pengantin Baru |
Jumaat malam bersamaan 3 Mei 2013 sahlah sudah adik en N jadi suami isteri..Tahniah dari kami berdua buat Nazreen Ameera dan Zerul Hadi..Hujan yg lebat malam 2 menyebabkan rombongan lelaki lambat sampai ke rumah..Alhamdulillah hujan tidak lama. Cumanya pengantin xdapat berarak..Hanya dapat bergambar sahaja..Menu malam 2 adalah nasi impit bersama kuah sup atau sambal tumis berserta kuih muih..Tema kami malam berinai adalah gold..
Bersama ibu dan bapa pengantin |
Keesokkan harinya majlis besar kami semua berpakaian merah..Ikut tema pengantin la katakan.Majlis bermula sekitar jam 11 pg hingga 4 ptg..Tapi kami dari subuh lagi sudah membzkn diri..En N lagilah..Siap xtidur mlm 2 kerana tolong pak cik dia memasak..Setiap kali ada majlis kenduri kahwin memang itulah aktiviti org lelaki..Berjaga menjaga lauk pauk..Tak banyak gambar yg kami ambil..Almaklumlah bz la konon...
Hari Ahad pula kami pergi menghantar pengantin..Oleh kerana rumah pengantin lelaki dekat so family en N buat dalam minggu yg sama je..Memudahkan sedara mara untuk datang..Masa inilah baru kami berkesempatan nk berposing2..Untuk lebih gambar boleh ke page pengantin iaitu ourm3mori3s.blogspot.com .. Tapi xpastilah dorg dah update ke belum..
Baru berkesempatan nak posing |
Di rumah pengantin lelaki |
No comments:
Post a Comment