Awal bulan Jun lepas kami menghadiri wedding lagi..Kali ni wedding cousin en N..1 Jun kami menghantar pengantin iaitu majlis nikah dan malam berinai dan 2 Jun majlis besar..Manakala 9 Jun majlis di pihak cousin en N sendiri..
Sebelum ke majlis nikah saya dgn en N ada jemputan wedding kawan kolej saya iaitu Zati Bayani..So pg2 lagi kami dah bergerak ke Kuala Pilah..Nasib baik kami gerak pagi sebab jalan boleh tahan jem..Tapi kami xsempat nk jumpa pengantin sbb pengantin sangkut jem..Gambar di bawah ni diambil di fb my fren je..
|
Selamat Pengantin Baru Zati & Zaki |
Dalam tengahari kami bergerak ke Klang terus menuju ke Masjid Meru sbb sepupu en N bernikah di sana..Lepas je majlis pernikahan kami menjamu selera di rumah pengantin perempuan dan merehatkan diri di homestay yg disediakan..Malamnya kami ada majlis berinai..Lepas maghrib kami bersiap2 untuk majlis berinai..Tapi yang peliknya kat sini kami dijemput makan dahulu.Kemudian barulah majlis menepung tawar..Yang biasa saya tengok dalam majlis-majlis sebelum ni adalah majlis menepung tawar dan kemudian baru menjamu selera..Emm pengalaman baru bagi kami sekeluarga..
|
Selamat Pengantin Baru Jajat & Elin |
|
Gambar family ayah en N |
Keesokkan paginya selepas sarapan,saya dan adik beradik en N pergi ke bandar Meru untuk mencari kek..Actually kami nak celebrate besday ibu en N..Terpaksa buat pada masa ni kerana adik en N yg bungsu cuti sekolah sekejap je..So kami beli kek dan celebrate dgn family en N yg lain..
|
Happy Birthday Ibu |
Tengahari Ahad majlis bersanding..Kami puaslah berposing..Balas dendam sebab xdapat berposing masa majlis rumah sendiri..hahaha..Thumbs up pada family perempuan sebab makanan yg dihidangkan sedap2 belaka..Memang puas kami makan..
|
Sakan kami posing :D |
|
Tertarik dgn deko |
Seminggu selepas itu majlis di pihak cousin en N sendiri..Tapi majlis dibuat di dewan dan menggunakan khidmat katering..So kami xdalah busy sgt..Busy bergambar adalah..As usual saya n adik en N memang pantang nampak kamera..Lagi2 deco dalam dewan cantik bangat..Siap ada corner untuk bergambar lagi..Jom layan gambar kami..
|
Bersama flower's girls n boys |
Amik kau..Gambar kami lagi banyak dari gambar pengantin..Jajat ngn Elin jgn marah ye..Jenuhlah gak kami bergambar..Dan en N layankn je saya..Thanks demok..hehehe..
No comments:
Post a Comment